Sunday, November 25, 2012



First Name:
Email address:

Sunday, May 6, 2012

DVD PANDUAN SOLAT 3D


DVD Panduan Solat 3D

"Dan dirikanlah solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar."
al-Angkabut: 45
Objektif utama DVD ini adalah memberi panduan lengkap cara menunaikan solat menggunakan teknologi animasi 3 dimensi.
Video 60 minit ini sesuai untuk semua terutamanya mereka yang terlalu sibuk dan tiada kesempatan belajar terus daripada guru.
Semoga ini akan memudahkan anda sekeluarga atau sebagai rujukan untuk mengetahui adakah solat anda benar-benar sempurna?
Kandungan video ini meliputi:
  1. Pengertian solat
  2. Sejarah solat
  3. Wuduk
  4. Azan dan Iqamah
  5. Praktikal Solat
    • 2 rakaat
    • 3 rakaat
    • 4 rakaat
  6. Solat berjemaah
  7. Perkara-perkara membatalkan solat
  8. Solat ketika sakit
  9. Mandi wajib
  10. Doa selepas solat
Bacaan Solat Oleh: Fakhrul Radhi Kamarudin (Pemenang Akademi al-Quran Musim ke-3)
Harga: RM 24.90

Tasbih Digital

Tasbih Digital



Direka dalam pelbagai warna yang menarik,
Saiz yang kecil dan ringan memudahkan anda untuk bawa ke masjid atau surau. Ia juga tidak mengeluarkan bunyi yang bising. Direka mengunakan bateri jam.
Diperbuat daripada plastik dan getah.
Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk mengira apa-apa sahaja seperti mengira penumpang didalam kapal terbang, mengira pusingan tawaf, mengira jumlah zikir harian dan pelbagai lagi mengikut kesesuaian anda. Harga yang kami tawarkan adalah amat murah berbanding dipasaran iaitu RM35 sahaja untuk 5 unit. Tanpa caj penghantaran.
Jika anda perhatikan di Tesco, Giant atau shopping complex yang ternama, ia dijual dengan harga RM10 ke atas.
Anda boleh sedekah kepada rakan anda atau membuat amal jariah kepada pondok tahfiz, masjid, surau atau sebagainya. Moga usaha anda diberkati oleh Nya. InsyaAllah.

Harga: RM 35.00

Pen Quran Digital




AL-QURAN READ PEN ialah pen yang BOLEH MEMBACA AL-QURAN tetapi ia tidak boleh menulis. Apabila read pen ini disentuh pada mana-mana Ayat Al-Quran atau pada mana-mana Surah, maka pen tersebut akan membacanya.
Dengan memiliki Quran digital ini anda mampu mempelajari cara bacaan yang betul dan seterusnya membaiki bacaan anda sendiri. Anda juga mempunyai alat bantuan yang boleh membantu anda mengajar ahli keluarga anda meningkatkan mutu bacaan mereka. Malah mereka boleh mempelajari quran dengan sendiri dengan bantuan quran digital ini.
Dengan memiliki quran digital ini anda bukan sahaja dapat mendengar bacaan semata-mata. Anda juga turut mendapat pelabgai faedah seperti berikut :
  1. Anda tidak perlu tercari-cari terjemahan kerana pen digital quran ini mampu menterjemah ke dalam bahasa melayu dan inggeris mana-mana ayat dalam quran tersebut.
  2. Anda boleh mendengar bacaan merdu daripada beberapa Qari terkenal dariMasjidil Haram seperti Sheikh Saad Al-GhamidySheikh Misyari RashidSheikh Abdul Rahman As Sudais dan Sheikh Abdul Al-Matrud.
    1. Saya juga faham anda sangat ingin mengajar sendiri quran kepada ahli keluarga anda
    2. Anda juga boleh mendengar alunan bacaan dari Qori ini amat teliti, jelas dan penuh dengan taranum yg mengasyikkan.Selain itu, kitab iqra dan panduan solat serta doa turut disertakan bagi membolehkan anak-anak anda mempelajarinya.
    3. Selain itu anda bukan sahaja boleh mendengar bacaan quran, malah anda boleh memuatnaik nasyid dan bacaan doa dan sebagainya kerana Pen digital turut dilengkapkan dengan. Memory 2G!.
    4. Anda juga boleh mendengar bacaan yang lebih jelas kerana ia boleh disambungkan pada aksesori lengkap di 'Speaker' atau 'Ear Phone'. Anda juga boleh juga dengar semasa memandu jika kenderaan anda ada MP3.
    5. Selain itu, pakej ini didatangi dengan gift-box yang sangat menarik. Ianya sangat sesuai sebagai hadiah harijadi, hantaran perkahwinan dll..
    Bayangkan, dengan kehadiran teknologi seperti quran digital ini amalan yang amat digalakkan ini boleh diamalkan dengan lebih mudah dalam keluarga anda.

Al-Quran Assalam




Al Quran Assalam ini diterbitkan dalam bentuk yang inovatif dan sesuai dengan keadaan zaman sekarang. Ada beberapa kelebihan , antaranya:
  1. Al Quran ini ditulis dengan khat Utsman Taha 22 baris sehingga halamannya lebih nipis dan jelas.
  2. Dilengkapi dengan terjemahan latin ( rumi ) bagi yang buta huruf tetapi ingin belajar Quran.
  3. Dilengkapi dengan panduan Tajwid.
  4. Dilengkapi dengan Tafsir Aisyah, keutamaan ayat dan surah.
  5. Bonus doa-doa harian.
  6. Dilengkapi juga dengan sejarah bagaimana Quran diturunkan dan juga sejarah AL Quran dibuku daripada zaman Rasullulah kepada zaman Saidina Abu Bakar kepada Saidina Umar kepada Saidinia Utsman dan kepada raja-raja Dinasti Umayyah.
Ia juga mempunyai Panduan Lengkap Menghafal Al Quran untuk orang awam.
  1. Mantapkan tujuan.
  2. Lepaskan rasa takut dan gangguan jiwa.
  3. Cara-cara hafal Quran dengan mudah.
  4. Menghafal secara konsisten.
  5. Memprogram otak untuk menghafal Quran.
  6. Mendengar Lantunan Quran ketika tidur.
Selain itu banyak lagi seperti hikmah al Quran diturunkan dengan 7 huruf, hikmah turunnya Al Quran secara bertahap, dan lain2 lagi.
*Al Quran ini keluaran Indonesia dan telah mendapat kelulusan Jabatan Agama Indonesia.
Penghantaran percuma!

Kedai Online Saya

Selamat Datang ke kedai online ini. Kami menjual pelbagai jenis barangan Islamik iaitu Panduan beribadah,CD nasyid dan zikir, Produk Kesihatan Islamik,Digital Al-Quran,Al-quran untuk kanak-kanak dan pelbagai lagi untuk anda pilih.

Kedai online ini memberikan anda kemudahan untuk membeli secara online dengan mudah. Jadi jangan segan silu untuk bertanya mengenai produk-produk yang anda ingini.